Saturday, June 20, 2009

folio sejarah 2009

letak kat hasil kajian(elemen 2)

PENGENALAN
A Famosa terletak di Melaka Bandaraya Bersejarah.Bangunannya terletak di tengah-tengah pembangunan bandar Melaka.Pengunjung tentu berasa takjub kerana melihat sebuah kota lama di tengah bandar Melaka yang cantik.
Selain itu, terdapat beberapa bangunan lama yang lain di sekelilingnya iaitu Bangunan Gereja Christ,Bangunan Stadhuys,Istana Kesultanan Melaka dan sebagainya.
Porta De Santiago atau lebih dikenali sebagai A Famosa ialah bekas bangunan sebuah kubu pertahanan Portugis.Kota ini dibina oleh Alfonso d’ Albuquerque pada tahun 1511.Kota ini diletupkan oleh Wiliam Farquhar pada tahun 1807.Sekarang yang tinggal kini hanyalah pintu gerbang sahaja.

Sejarah

Selepas penawanan Portugis
A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511.Sebaik sahaja mereka menawan Melaka,Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu,sementara mereka membina kubu utama yang digelar ‘A Famosa’ , atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malacca).Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina.Akibat suhu pqanas terik dan kekurangan makanan,ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut.Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikaitkan menjadi lambing penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom ( bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter.Menara-menara tersebut dikenali sebagai Balurte San Pedro, Balurte de las Virgenes, Balurte Madre de Dios,Baluerte Santo Domingo,dan Baluerte de Santigo.Menjelang tahun 1583,Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah.Kawasan itu termasuklah Jalan Kota,Jalan Gereja,Jalan Makamah & Jalan Istana.Penjajahan Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja,tempat beribadat,biara,hospital dan sebagainya.Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17.Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor,serangan telah dilancarkan sebelum Belanda Berjaya merampas Melaka.

REKA BENTUK A FAMOSA
Pembinaan : 1511-1515
Tempat : Jalan Kota,Bandar Melaka
Reka bentuk :Senibina kota batu Portugis


Kota Melaka atau A famosa adalah kota batu yang dibina oleh Potugis sejurus mereka menawan Melaka pada 25 Julai 1511 untuk melinduingi segala harta benda kepunyaan mereka serta menghalang sebarang kemungkinan.A famosa atau ‘The Famous’ telah dibina atas arahan Panglima Portugis Alfonso d’Albuquerque (1453 – 1515) di kawasan dimana terbina Istana Sultan Melaka,masjid dan tanah perkuburan Sultan.Kota ini siap dibina pada tahun 1514 dibawah pimpinan Ruy de Brito yang menjadi Kapitan Portugis Melaka pertama,kota batu ini dikatakan yang terkuat di rantau ini pada zamannya dan telah berjaya manghalang kemaraan tentera Melayu Johor,Acheh dan jawa yang cuba menawan kota ini.Kota ini berbentuk segi lima dan setiap penjuru terdapat binaan menara kawalan. Untuk mengelilingi kota ini seseorang terpaksa berjalan lebih dua batu.
Didalam Kota Melaka Portugis telah mambina Gereja,Hospital,Rumah Gabenor,Berek askar,rumah pasung ,perigi dan lain-lain kemudahan.Seramai 600 orang askar sentiasa bersedia untuk menangkis sebarang serangan hinggakan para paderi dilatih untuk
bermain senjata jika perlu.Pada tahun 1511 Jawa telah menyerang Melaka dengan tentera seramai 10,000 orang hampir berjaya menawan Kota Melaka tetapi diselamatkan dengan kedatangan armada Portugis dari Goa yang kebetulan untuk menggantikan askar Portugis
yang telah lama berada di Melaka.Walau bagaimanapun ramai askar Portugis terkorban
termasuk 200 orang mati kerana terminum air Perigi Raja yang diracuni oleh Jawa.Kota ini mengalami kerosakan bila diserang dan ditawan oleh Belanda pada tahun 1641.Kerosakan telah dibaiki serta merta oleh Belanda hingga menjadi bertambah kuat dan kemas.Pada tahun 1784 Kota ini telah diserang oleh Belanda hingga menjadi kerosakan yang agak teruk juga tetapi cepat – cepat dibaiki oleh Belanda.Pada tahun 1808 ketika Inggeris mengambil alih pajakan sementara Melaka deri Belanda (1795 – 1818),Inggeris telah meruntuhkan hampir keseluruhan kota ini kecuali pintu gerbang Santiago yang tinggal hingga kini itu pun setelah Sir Stamford Raffles menghalang daripada permusnahan total terhadap Kota Melaka atau A Famosa.

Pentadbiran oleh British
Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda (Holland) pada tahun 1795,Putera William of Orange melarikan diri ke London,di mana dia memerintah semua penempatan Belanda untuk menerima tentera British,bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan Perancis.Akibatnya,phak British berjaya menguasai Melaka pada tahun 1795 tanpa sebarang pertempuran.

Selepas menguasai Melaka,pihak British tidak berminat menyimpannya, atau pun membiayai penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik sementara dan perlu dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang.Sebaliknya meniggalkan kota sekukuh itu tanpa pertahanan yang mencukupi adalah mengundang mara bahaya,sekiranya ia ditawan oleh pihak musuh.Tambahan lagi ,mereka tidak berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan Belanda dengan kota A Famosa dalam keadaan utuh sebagai saingan kepada penempatan Inggeris di Pulau Pinang dan Singapura.Dengan sebab itu,Mr.Robert Farquhar iaitu Leftenan Gabenor Pulau Pinang dan juga Gabenor Melaka antara 1803 hingga 1818,telah membuat cadangan bagi memusnahkan kota A Famosa kepada Kerajaan Inggeris di India.

Beliau menyatakan bahawa penyenggalaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah dikecilkan dan memberikan dua sebab utama,iaitu hasil yang diperolhi oleh Melaka tidak mampu membantu membiayai kos perubatan tentera ‘sepoy’ dan pengecilan itu akan dapat membantu memajukan Pulau Pinang dengan memindahkan penduduk Melaka ke Pulau Pinang.Maka pada awal 1804,beliaudengan tegas mencadangkan agar Melaka dihapuskan dari muka bumi dengan semua penduduk Melaka diarah supaya dipindahkan ke Pulau Pinang dan Kota Famosa dimusnahkan bagi mengelak ia dikuasai oleh pihak lawan.

Dengan cadangan tersebut ,Kerajaan Inggeris mengarahkan Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir,Melaka dihancurkan.Kerja merobohkan Kota A Famosa bermula pada 10 Ogos 1807.Pada awalnya dia memerintahkan pesalah untuk merobohkan Kota A Famosa batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan besi penyungkil.Apabila tembok yang sesetengahnya mencecah 4.5meter kelihatan terlalu kukuh untuk ditinggalkan,dia memutuskan bagi memusnahkan Kota A Famosa dengan menggunakan ubat bedil.Dia memerintah lubang digali di sekeliling kaki kota dan meletupkan Kota A Famosa,menyebabkan batu sebesar rumah bertebangan dan jatuh ke laut.Hampir kesemua kubu,tembok-tembok,Hospital Besar,dua tempat menyimpan beras,tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan.

Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya,Sir Stamford Raffles seorang kaki tangan kerajaan yang bercuti sakit telah dating ke Melaka atas jemputan Wiliam Farquhar. Apabila mengetahui mengenai parobohan Kota A Famosa, beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusuhan Kota Famosa tidak patut dilakukan.Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu,pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka,pihak lain akan mendudukinya,sudah pasti ia akan emrugikan Pulau Pinang,Kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirkannya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak,manakala yang ketiga penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meniggalkan Melaka,Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ.Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meniggalkan Melaka hanya kecuali terpaksa.

Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah.Permusnahan Kota ‘A Famosa’
Pada hari ini dalam tahun 1807,telah memusnahkan hampir seluruh kota itu,dan hanya meniggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini,iaitu Porta de Santiago.

Pihak British kekal di Melaka sehingga tahun 1818.Apabila berakhirnya peperangan Napoleon,Melaka dikembalikan ke tangan Belanda(tanpa Kota A Famosa).Melaka kekal di tangan Belanda selama tujuh berikutnya,sehinggalah perjanjian London 1824,apabila mereka menukarkan Melaka dengan Bangkahulu(Bencoolen) di Sumatera.